Cari Blog Ini

Jumat, 05 November 2010

Bila The Panas Dalam Menyanyi-Seperti Babi

The Panas DalamMungkin ada diantara anda semua beranggapan tajuk entri ini kedengaran agak kurang ajar dan tidak bertamadun kerana berbentuk seperti makian dan cacian,namun pada dasarnya,inilah hakikat yang sebenar kerana apa yang ditulis ini bukanlah ayat makian mahupun cacian sama sekali,sebaliknya ia merupakan tajuk lagu Seperti Babi nyanyian kumpulan kugiran The Panas dalam Band.

Band yang berasal dari Bandung Indonesia ini merupakan sebuah band yang lahir dari cebisan gerakan muzik Indie yang aktif di seluruh pelusuk dunia.Hanya bermula sebagai gerakan ahli muzik bawah tanah,kini mereka mampu berdiri diatas kaki sendiri kerana ramai peminat diluar sana yang meminati keunikan dan keanehan diri mereka didalam penghasilan muzik dan kata-kata dari lirik lagu.Bagi peminat mereka,penghasilan lirik The Panas Dalam kedengaran seperti jiwa yang bebas,kurang ajar ,lawak,aneh,idealism,pengalaman,dan juga jujur.Ianya seperti penghasilan muzik yang bercampur-campur tanggapan tetapi muziknya enak didengar dan mengasyikkan. Kumpulan ini dianggotai oleh Erwin selaku penyanyi,Nawa Pandal sebagai pemain gitar,Cahya sebagai pemain bass,Roy sebagai pemain drum dan juga Pidi Baiq sebagai penulis lagu.

Berbalik kepada tajuk entri kita pada kali ini,PKE ingin mempersembahkan kepada anda lagu yang tidak senonoh yang dihasil oleh mereka.Lagu ini disertakan sekali link untuk download berserta lirik sekali.Terimalah lagu daripada The Panas Band-Seperti Babi

The Panas Dalam-Seperti Babi

Rambutnya tipis,Jadi gitaris,
Seperti seekor Babi
Pegang biola,bodynya juga,
Seperti seekor Babi
Ehhheiiii heii heiiii…

Vokal kedua,dan harmonika,
Seperti seekor babi,
Anakku terlindung,menjadi ramar,
Seperti seekor babi

Kami semua seperti babi,
Babi berkata mereka seperti kami,

Pegang gitar Bass,pegang pan**tnya,
Seperti seekor babi,
Jadi penyanyi,isterinya tidak ,
Seperti seekor babi

Kalian semua ,pendengar kami
Itulah babi aslii…. Apa komen anda tentang lagu ini.Bagi PKE ini kedengaran agak celaka..haha Dah kutuk pendengar,kemudian kutuk diri sendiri pula.Apa nak jadilah pemuzik sekarang.

Tetapi sejujurnya,PKE terasa jengkel dan dimasa yang sama terasa kagum juga dengan band The Panas dalam ini kerana bagi PKE,mereka amat pandai menggunakan bahasa menyindir walaupun kedengaran agak kasar.(Penilaian tidak termasuk lagu ini). lirik-lirik mereka juga ada yang baik seperti sebuah syair dan penuh dengan sindiran.Kekreatifan mereka ini dapat dibuktikan melalui judul album pertama mereka,The Panas Dalam:Only Ninja Can Stop Me Now..Mereka juga bepegang kepada tagline Argumentum in Absurdum hingga ia menjadi terkenal sehingga sekarang.(PKE pun tak pasti maksudnya)


Nota:dapat lagu ni daripada kawan baik PKE,kemudian membuat siasatan tentang siapa yang menyanyikan lagu ini dan hasilnya… Minta maaflah jika maklumat kurang lengkap.Maklumlah,sumber kurang…Jangan salah faham ye..PKE kagum dengan band ni tetapi tidak meminati mereka.Penggunaan bahasa mereka agak keterlaluan sedikit bagi PKE.

Tidak ada komentar:

I Am Who I Am