Cari Blog Ini

Kamis, 23 Desember 2010

Islam Itu Apa?Kita Ini Benar-Benar Islam Atau Islam Itu Kita Anggap Sebagai Adat Sahaja?Persoalannya Lagi,Islamkah Kita?

Perhatian : Penulisan Ditujukan Kepada Diri Sendiri Dan Semua Umat Islam Yang Pandai Berbahasa Melayu.Pembacaan Oleh Orang Yang Belum Islam Juga Dialu-Alukan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Daripada Saidina Umar RA,beliau berkata : Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari,tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih,berambut sangat hitam,yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya.

Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda SAW dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda SAW seraya berkata : Wahai Muhammad!Terangkan kepadaku tentang lslam.

Lalu Rasulullah SAW bersabda : lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah,(dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat,berpuasa di bulan Ramadhan,menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

Lelaki tersebut berkata : Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya,dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman.

Baginda SAW bersabda : (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah,para MalaikatNya, kitab-kitabNya,para RasulNya,hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.

Lelaki itu berkata : Benarlah engkau.

Dia berkata lagi : Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan.

Baginda SAW bersabda : Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi : Terangkan kepadaku tentang Qiamat.

Baginda bersabda : Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Lelaki itu berkata : Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.

Baginda bersabda : (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam,tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu,lalu aku terdiam sebentar.

Kemudian Baginda SAW bertanya : Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?

Aku berkata : Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.

Baginda bersabda : Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
[Hadis Riwayat al-lmam Muslim]

Assalamualaikum.

Okay,first of all,saya dengan sukacita hendak mengingatkan kepada anda,jika tidak berapa faham sesetengah ayat dalam Hadis di atas,segeralah bertanyakan kepada Ustaz-Ustaz/Ilmuwan Islam yang berada berdekatan dengan anda.

Jangan buat kesimpulan sendiri jika kita tiada kefahaman tentang sesuatu itu.Bahaya.

Keduanya,cuba renungkan sedalam-dalamnya Hadis di atas.

Tanya diri kita,adakah kita benar-benar Islam?

Semua orang tahu Rukun Islam,tetapi adakah kita benar-benar menghayatinya?

Solat kita sebagai contoh,adakah kita benar-benar Solat kerana Allah SWT?Atau terpaksa?Atau sekadar rutin?

Selain itu,Islam mengajarkan kita supaya tidak bermusuh-musuhan sesama manusia.Sebaliknya,Islam menyuruh kita untuk berkenal-kenalan sesama manusia.Bukannya mengumpat,menghina dan bersikap racist.

Allah SWT menerangkan perkara ini di dalam Al-Quran :

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). [49:13]

Tetapi,cuba renung diri kita.Adakah kita benar-benar melaksanakan apa yang diperintahkan Allah SWT dalam ayat ini?

Saya menggunakan perkataan 'kita' dalam penulisan ini kerana saya menujukan penulisan ini kepada diri sendiri juga.

Mari sambung lagi cerita kita.

Baru-baru ini,ada cerita Gay Malaya.Saya tidak mahu sentuh perkara itu.Ini kerana,

Pada saya isu ini terlalu sempit dan mudah.Allah SWT menciptakan lelaki itu secara fitrahnya menyukai perempuan dan begitu juga sebaliknya.Jadi,apabila ada pihak yang mengatakan bahawa dirinya ini Gay dan dia sukar mengubah dirinya,dia perlu memikirkan kembali sedalam-dalamnya ayat yang diungkapkannya itu.Ini kerana manusia itu secara fitrahnya normal.Gay dan seangkatan itu hanyalah nafsu gajah.Eh,wait a minute,gajah juga saya rasa normal tabii seksualnya.Tak gitu?

Apa-apapun,saya tidak mahu maki hamun dan sebagainya.Saya sekadar mahu mengingatkan,tetapi dalam nada yang agak tegas.Saya doakan semua pihak yang telah memilih jalan songsang supaya menukar haluan mereka semula ke jalan yang benar.Berubahlah anda,sebelum perjalanan anda tidak boleh ditukar langsung (mati).

Oh ya,saya terlupa!Memang ada spesies yang mengamalkan homoseksual!Nama haiwan itu adalah Bonobo,dari keluarga Monyet.Apakah maksud semua ini?Anda fikir-fikirkanlah ya.Mereka Bonobo-Bonobo ini adalah haiwan.Kita ini manusia,diciptakan dengan akal.Jadi?

Setelah membaca Kisah Gay di atas ini,anda tanya diri anda,Islamkah kita?Islamkah masyarakat kita?

Kita ini mengamalkan "Islam" yang sebenar yang diajarkan oleh Allah SWT melalui Rasulullah SAW kepada umat manusia atau "Islam Adat" atau "Islam Pada Nama" atau "Islam IC" atau "Islam Politik Kepartian Melayu Bulan" sahaja?

Islam bukan hanya pada nama,sebaliknya ia cara hidup keseluruhan.Saya tidak mahu cerita panjang lebat.Ini hanya sebahagian daripada contoh yang perlu kita fikirkan.Banyak lagi aspek kehidupan yang kita sudah abaikan nilai-nilai Islam di dalamnya.

Sama-samalah kita memikirkannya.

"I didn't become Muslim just to follow some culture,I became Muslim to worship Allah according to the Quran and Sunnah of the Prophet SAW" - Abdur Raheem Green

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Tidak kira siapa kita,kaya atau miskin,besar atau kecil,ketahuilah bahawa satu hari nanti kita akan kembali kepada Maha Pencipta kita,Allah SWT.Dan Dia akan memberikan balasan terhadap setiap perbuatan kita.Ketika itu,segala alasan tidak diterima.Jadi,berubahlah sekarang.Sementara masih diberi peluang.Ingat,Allah itu Maha Penerima Taubat.

Tidak ada komentar:

I Am Who I Am